Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini. Mengajar di SMK Seri Puteri, Ipoh & memegang jawatan Guru Perpustakaan & Media (GPM).

Jom Klik...

Saturday, 4 June 2011

Pertama Kali Menulis Blog

4 Mei 2011......
Tiba-tiba timbul ilham untuk membuat blog...kurang pandai tapi cuba lah. Kawan GPM SMK Buntong, Yan kata senang je...tgk blog dia & adik ipar Nisa (Nora) mcm best lah pulak buat blog.  Macam diari lah katakan. 
Petang tadi spt biasa melawat bapa mertua (En Idris) yg sakit teruk..doktor kata dah "brain damage"...3 bln terlantar di Hospital Ipoh...kesian dia, dah tak tahu apa kat dunia nie.  Doktor pun dah tak boleh buat apa dah..dgr cite adik ipar, Ida.  Teringat 2 hari sebelum dia masuk hosp, kali terakhir jumpa dia..nampak dia sakit lantas Nisa pun tegur lah dia tapi katanya sakit sikit je.  Nisa nasihat dia suruh jumpa doktor esok harinya (Khamis), dia kata ok.  Tiba2 hari Jumaat pagi dpt panggilan bapak pengsan & masuk CCU...terus sampai skrg dah msk wad 8C yg tak berdaya lagi dah. Doa Nisa agar bapak kembali sihat.
Itu cite bapak...cite abah lah pulak.  Abah Nisa pun tgh sakit jugak tu..sakit kencing manis..kakinya dah 3 kali operate...masih berlubang kat tapak kakinya tu...kesia kat abah jugak, seksa tapi nasib blh berjalan lagi tak mcm org lain sampai kena potong kaki.  Baru2 nie htr dia utk check up mata...tak tahu lagi sbb appointment seterusnya bln 11.  Penyakit diabetis nie mmg dah keturunan keluarga kami sdgkan kami nie kurang minum manis tapi dah keturunan..nak buat camne.
Dulu orang tua kita sihat skrg dah sakit...turn kita pulak mcm mana agaknya, ya. Peristiwa begini sebenarnya mengingatkan diri kita yg masih muda utk jaga diri kita nie & dekat pd Allah...ajal bila2 masa akan datang, kita tak tahu bila & bagaimana. Takut pun ada sbb rasa diri Nisa masih belum cukup imannya tapi akan cuba dipertingkatkan dgn izinNya..insyaallah.
Bapa kawan Nisa, Ct pun kritikal skrg...semoga dia pun cepat sembuh...almaklumlah dah 73 thn, abah Nisa 72thn, bapak mertua 66 thn... semoga ibu bapa Nisa, ibu bapa mertua & ibu bapa semua org di dunia nie dirahmati Allah...Amin...

4 comments: