Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini. Mengajar di SMK Seri Puteri, Ipoh & memegang jawatan Guru Perpustakaan & Media (GPM).

Jom Klik...

Saturday, 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

2011 ditinggalkan... 2012 dimulai

Utk pertama kali dlm 5 thn berumahtangga berjauhan dgn suami sbb dia ke Phuket bersama familynya. Nisa tak ikut sbb kerja minggu nie...alahai. Suami pun berat hati nak tinggalkan sbb bygkan ke mana-mana shj dia pergi selama 5 thn tak kira ke mana pasti dibawaknya. Tapi bila lg nak g Phuket...tak pe lah sekejap je...HAAA sekejap...seminggu...aduhai...Isnin (2 Jan) baru balik..huhuhu.

Tak larat nak berazam...umur pun dah 40 thn. Yg penting Allah berikan kesihatan yg baik utk Nisa & suami Nisa begitu juga mak & abah...semoga mrk dpt tgk anak Nisa...YA ALLAH...PANJANGKANLAH UMUR ABAH & MAK AGAR DPT MERASA ANAK NISA NIE SATU HARI NANTI (ntah..bila, Allah je yg tau).

Semoga Allah limpahkan rezeki yg melimpah ruah agar kami suami isteri bkn shj mendpt kesenangan di dunia tapi juga akhirat..agar rezeki yg diperolehi dpt juga buat kebajikan (eeee...klu dimakbulkan, kena tunaikan nanti susah, kan). Yg penting biarlah tambah keimanan almaklum le dah masuk angka 40...kena sedar2kan diri....kubur bila2 masa memanggil tue..eeeee gerunnya...tapi kena hadapi gak, kan bila tiba masanya nanti.

Thn 2012 nie berat jugak tanggungjwb sbb beban tugas dah berat...beban keje lah apa lah lagi...hope semuanya berjalan lancar dgn keizinanNya.

Nak kuruskan badan...dah tak larat dah, mcm tue jugak. Apa ya..nak rcg utk 2012...nak kembangkan biz lah...sbb buat biz asyik separuh jln lps tue buat benda lain...sbnrnya tak tahu yg mana sesuai, belum jumpa lg. Seronok biz nie walau dah jadi cikgu...ada kepuasan kat situ...tgk lah apa biz yg blh dimajukan utk thn dpn.

Lagi apa, ya nak rcg thn 2012.... tunggu & lihat.....

2011...byk kenangan manis & pahit. Yg pahitnya bapak mertua berada di hospital selama 6 bulan & akhirnya meninggal dunia bila bawak balik rumah. Yg sedihnya hujung2 thn nie kena berpisah dgn Kak Noorhaini yg ditukarkan ke sekolah lain...kami sering bersama sejak Nisa mengajar di situ..dari tarian, tugas2 pengawas/pengawas pusat sumber & mcm2 lah....kami pun pernah jugak bergaduh (hehehe..biasa le..tapi itu mengeratkan lagi sebenarnya). Slps nie, dah tak de sapa nak tegur, beri nasihat, tlg ingatkan Nisa sbb Nisa nie pelupa orgnya, sering panggil makan di bilik guru. Seorg lagi iaitu Kak Jariah pun ditukarkan...sedih gak walau tak berapa rapat tapi dia pernah bagi semangat/perangsang & tidak menjauhkan diri semasa Nisa dlm kesusahan @ memerlukan seorang sahabat. Miss both of you. Begitu juga dgn Pn Ho (kehilangan seorg rakan yg tahu semua perkara...pernah bagi ubat mahal secara percuma masa aku sakit belakang yg amat sgt...tak akan kulupakan). Kak Qaisara pulak sbb memahami tapi syg sekejap je nak bermesra dah pindah dah.Yg manis...byk sgt.

2012...kehidupan baru utk semua org.....so, good luck to us...moga kehidupan 2011 menjadi kenangan & pedoman.

1 comment: