Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini. Mengajar di SMK Seri Puteri, Ipoh & memegang jawatan Guru Perpustakaan & Media (GPM).

Jom Klik...

Tuesday, 23 October 2012

Percutian Hujung Minggu Di Pulau Pangkor

Minggu lepas my brother-in-law ajak g Pulau Pangkor....yg best dpt tpt tido free..x pyh keluar duit...duit makan jer.. so, apalagi hari Sabtu, kami suami isteri pun bergerak ke Lumut..jumpa mrk di sana sbb mrk tido rmh Mak Long kat Manjung. Semua family husband ikut kecuali my sister-in-law, Ida coz husbandnya tak sihat.

Setiba di sana...apa lagi, kena tunggu nak naik bot:-
Macam tak sabar je nak pegi...yg pegang beg merah tu..my husband lah..




Sempat berposing atas bot..tgh2 panas..


Inilah biras rapatku...Ct Qatijah (isteri adik ipar bongsuku, Musa)

Dgn my cute sister-in-law, Nor...

Dah sampai Pulau Pangkor..


Dah sampai dah Flora Beach Resort..

My husband dpn bilik kami....

Petang g round pulau naik motor...sewa RM25 utk 1 hari (tapi pelik 1 hari bknnya 1 hari..pkl 1 tgh hari dah kena htr sdgkan ambik pkl 5)..biasa le, kan..

My brother-in-laws dok cari umpan nak pancing waktu malam...ada sorang Cina nie baik betul sampai tunjuk jalan ke kedai nie...nak bg duit minyak, dia x nak....

Hari ke2..sebelum balik, mrk ajak pusing pulau naik bot..mula2 tak nak, tapi ntah tiba2 ikut lah jugak sbb pikir nak tunggu sampai pukul 4..boring, ikut jugaklah... bayaran bot RM10 sorang...

Cuba perhati betul2...ada macam rupa binatang apa?

Ini pula??? 


Lepas bergambar...apa lagi..org yg x nak pegi mula2...terus terjun laut utk mandi manda...pelik semua org...yg lain pun ikut mandi..hehehe...tup..tup..hujan...alahai!!!

Bergambar sebelum balik dpn resort...

Thanks to my brother-in-law, Kadir belanja tido sini...lain kali belanja lagi, ya kat tpt lain lah pulak..hehehehe... 

My Blogs

Pada tahun ini sahaja dah siapkan beberapa blog untuk kegunaan biz sendiri & juga utk sekolah.... Sekarang kena manage 3 blog iaitu blog ini, blog biz iaitu http://afamall.blogspot.com (jom, tengok tudung2 kat sini...murah & berkualiti, tau) & juga blog ini http://smkseriputeripoh.blogspot.com (utk laporan sekolah). Nasib baik blog afamall, suami uruskan...jadi, legalah sikit... Walaupun tahu tak ada sapa baca my blog tapi tak pe...saja utk diri sendiri bagi meluangkan masa...

Sunday, 14 October 2012

Masak Hujung Minggu



(Gambar Ehsan Dari Google)

Bila tengok gambar di atas, pasti yg suka & biasa makan nasi vanggey akan teringat makanannya yg org panggil nasi ganja....apa yg sedap agaknya..adakah ayamnya, adakah sambalnya atau mmg sbb ganja ke....hehehehe.  Dulu Nisa tak pernal tahu wujudnya Nasi Vanggey yg begitu popular di Ipoh tapi sejak berkawan dgn suami yg memang suka sangat makan nasi nie....bila keluar dating aje pasti nak singgah makan sini...alamak, terpaksa le makan...sehingga restoran tu dah buka cawangan di Greentown & yg terbaru kat manjoi (lagi le dekat nak makan).  Tup...tup..tak sangka adikku2 yg memang tak pernah makan nasi mamak tiba2 minat lah pulak...satu keajaiban lah pulak.
Utk pengetahuan semua, dlm 2 minggu ni tiba2 suami dah mula gian makan nasi vanggey kat Manjoi...Nisa memang kurang berminat tapi sbb keinginan suami ikutkan jelah kan lagipun dah lama tak masak kat rmh..ntah sibuk memanjang...
Oleh sbb Ahad ni tak ke mana, apa lagi memasak ler...suami nak makan Ayam Masak Mamak (ok lah drpd dia ajak mkn Nasi Vanggey, kan)...tiba2 rasa terrajin lah pulak..buat spaghetti utk diri sendiri sbb dia x minat spaghetti.
Ada yg bertanya mcm mana nk masak Ayam Masak Mamak..hari ni terlebih rajin sambil masak sambil ambik gbr..so, cer tgk cara2nya ek..(Resipi dah bg dah sblm ni)..

Goreng ayam dulu.

Goreng bawang merah & bawang putih..nanti angkat bila dah naik bau.

Tumis pulak cili boh dlm minyak yg sama sampai naik minyak.

Masukkan bawang tadi & daun kari.


Kemudian, masukkan ayam, kicap (manis & masin), garam, gula & air asam jawa..gaulkan.
 
 
 

Ok...dah siap utk dingap...



Sedap dimakan bersama dgn jelatah, tau...
 
 
selamat menjamu selera.....
 
 
Ini pula spaghethi ala2 Melayu (masa raya baru2 nie bubuh daging..hari nie ayam lah pulak):-
Goreng bawang besar yg tlh dicincang..then, masukkan ayam yg tlh diptg kecil2...

Dah masak, masukkan prego spaghetthi, oregano, daun parsli, lada sulah & garam...hari nie x ltk tomato paste sbb x ada... Gaulkan...dah masak, hidang ler...

Ok...siap masak hujung minggu nie... Jom, makan..hehehehe...





Saturday, 13 October 2012

Tolonglah Si Kecil Ini

Tajuk di atas tu tentu pasti ramai yg tertanya nak tolong siapa agaknya... Ini adalah kisah kawan setempat kerja Nisa iaitu Akmar Rozana...kalau tau kisah perjalanan hidupnya pada tahun ini sangat lah menyedihkan lepas satu satu dia kena tempuh. Bermula dengan masalah anak kembar yang baru lahir ke dunia....kemudian terpaksa mengambil cuti 2 tahun tanpa gaji kerana masalah bukan sahaja menjaga anak kembar tetapi anak perempuannya pula menghadapi masalah... kini, anaknya pula disyaki menghadapi "Brain Stem Glioma" & diberitahu St Jude Children's Research Hospital USA adalah hospital pakar tentang penyakit ini dan ianya menyerang kanak2 berumur 5 hingga 10 thn.... begitu jauh jika nak berubat, kan. Ketumbuhannya berada dekat dgn otak....doktor memberitahu samaada dia akan mengalami lumpuh atau apa2 saja.....bayangkan seorg ibu mendengarnya...pasti runtuh jiwa naluri seorg ibu. Walau Nisa belum jadi seorg ibu tapi dapat merasakan perasaan dia yang bukan shj terpaksa mengharungi semua dugaan ini tetapi juga bagaimana nak mendapatkan duit yang banyak utk mengubati anaknya itu. Jika Nisa nie jutawan, Insyaallah akan tolong tetapi sbb bukan jutawan lah, Nisa bercerita di blog Nisa nie utk meminta bantuan kpd sesiapa yg membacanya dpt menghulurkan bantuan dr segi apa saja utk membantu si kecil ini yg baru berusia 5 thn...

Ini lah wajah si kecil Aliah Shamira yg perlukan bantuan mrk di luar sana...dan juga doa dari kalian agar dia sembuh & juga ibunya, Akmar Rozana agar kuat menghadapi dugaan yg menimpa bertalu-talu....
Nasib baik Allah berikan ibunya yg mempunyai kebolehan membuat biskut & kek yg dpt menampung juga hidup mereka sementara tiada kerja utk 2 thn ini... (Kpd mrk yg nak menempah biskut & kek...blh tgk di fb Akmar Rozana Rahman Rahman)...
Semoga Allah memberikan pertolongan kpd Akmar sekeluarga agar keluar dari masalah ini....AMIN.