Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini.

Jom Klik...

Tuesday 26 November 2013

Percutian Ke Paris (Part 1)

13.9.2013 (Jumaat)

Saat dinantikan telah tiba....pelik, kan bercuti sebelum cuti sekolah ramai yg bertanya...opps...cuti tanpa gaji lah jawabnya.  Mula-mula tak nak gak pegi sayang gaji tapi setelah adik ipar, Ida dok pujuk akhirnya setuju jer lah selepas perbincangan dgn suami dibuat. Bg cikgu-cikgu di luar sana, jangan ambik cuti tanpa gaji sbb nanti dikira lambat utk naik pangkat & bersara nanti effect pulak...so, klu betul-betul terdesak baru ambik cuti tanpa gaji, ya..

Hari nie birthday abah...so, sebelum bertolak call abah x angkat...call mak jer lah. Abah dah menjangkau 74thn...bangga jadi anak abah sbb tetap mengajar walaupun suruh berhenti dia x nak utk berbakti kpd anak yatim....moga usaha abah tu berbaloi.

Adik ipar, Mus telah tempah tiket Jet Airways di bawah Etihad Airways yg akan transit di Abu Dhabi sebelum sampai ke Paris. Tak boleh digambarkan berjam-jam dlm flight...



Berbeza sungguh dgn Air Asia....nsb makanan halal...punya ler kenyang asyik makan minum jer dlm flight (walau bkn makanan kita tapi kira ok ler jugak).

Lupa nak bgtau yg kami seramai 13 org termasuk mak sedara suami, Wan Cu yg tiba-tiba nak join sekali...meriah betul..

Sampai di Abu Dhabi selepas 7 jam kot terserempak dgn MB Perak..apa lagi bergbr kejap dgn beliau.





Selepas beberapa jam...kami naik flight nak ke Paris...eeee mcm x caya jer..
Pramugari/pramugara best sbb mrk ceria jer....siap seronok bersorak bila kami mintak Hot Chocolate...nak tahu Hot Chocolate rupa-rupanya Milo. Setelah 7/8 jam akhirnya sampai ke bandar yg org kata romantik..Paris..
Kami terserempak dgn pelajar M'sia yg belajar di sini, so bergambar dulu dgn mrk tanda kenangan.



Perjalanan ke kota Paris naik bas lbh kurang 40minit..

Dah sampai Paris...adik2 ipar mula mencari jalan nak ke hotel yg telah dibooking..Hotel Bertha...decide naik teksi sbb byk beg nak dibawa..
Sesampai kat Hotel Bertha...kecoh jugak dlm sejam sbb masalah antara pihak hotel dgn agoda...dah ler receptionist x reti berbhs Ingg...setlh sejam, akhirnya masalah bilik selesai. Sedih dgn Hotel Bertha nie (jgn booking, tau) sbb lif tak ada...jenuh angkat beg yg besar naik ke bilik..bila masuk bilik..aduhai Hotel Crown Klang RM132 lebih selesa berbanding RM290 semlm di sini..eee...x sanggup tapi apakan daya....dah mula rindu M'sia.

Kepenatan...jadi, g cari makan Islam dkt dgn hotel dgn suami dlm keadaan berhujan...makan nasi kebab..kurang sedap tapi dah lapor, mkn jer lah..

Ini rupanya..nasi kat bawah ayam & fries...



Jom tgk peta mlm nie sebelum tido...

Bersambung....






No comments:

Post a Comment