Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini.

Jom Klik...

Sunday 28 December 2014

Percutian ke Melbourne (Part 2)

10 Jun 2014
Bbrp thn lps duit Aus 2.0 je tapi skrg dah naik 3.8..mahal sungguh...bawah nie duit Aus
Sebelum mendarat, kami kena isi borang spt di bawah:-


Dah sampai Melbourne...

Di sini rokok hanya boleh bawa 2 kotak shj..tak boleh beli di M'sia walaupun di Duty Free M'sia sbb nak jaga negara mrk...itu lah Australia...jadi, kena beli di Duty Free, Melbourne. (Kesian mahal harganya bagi perokok). Di sini begitu ketat nak masuk...jgn tgk hp selagi tak lepas imigresen...ada pelancong China kena marah sbb buka hp..imigresen check hp mrk. Anjing pulak berkeliaran. Lps tu ingat dah lepas imigresen, kira lega lah...tak juga..kami kena tahan lagi nak tanya apa yg kami bawa sbb mrk tak nak kita bawak brg2 yg tidak dibenarkan spt herba dll...nsb tak payah buka beg...bila dah betul2 berada di luar baru rasa lega...ketat sungguh nak masuk Aust.


Beratur menunggu teksi utk ke hotel.
Ini lah teksi yg kami naik ke hotel...dah sampai dah Hotel City Garden.
Tgh kecoh kejap sbb beg Kadir & isterinya, Fatin tertinggal dalam teksi. (Malam baru org teksi htr beg mrk ke hotel)
Kami jalan2 sekitar hotel nie dulu lps mkn..




Kami rehat dulu...petang baru keluar..
Bergambar dulu sementara menanti yg lain. Dgn mak mertua..
Dgn biras2 & sister-in-law..
Kami naik tram free tapi yang jenis lama...ternampak Harbour Town...adik ipar ajak turun kat sini...mmg kena turun pun sbb last stop kat sini...lps tu akan berpusing semula...





 Pukul 5ptg tapi dah nak gelap dah...

Sini barang murah2 esp cenderhati. Beli gloves kat sini 4.99oc...beli 2 pasang.
Sini pukul 5ptg dah gelap dah...pukul 6 naik tram terakhir tapi berhenti separuh jln...terpaksa berjalan kaki jauh...
Jalan2 terjumpa kedai jual brg2 halal....apa lagi kami beli brg2 yg blh dimasak di hotel & makan2..
Lepas tu, kami berjln kaki balik tapi sbb tak larat naik teksi...
Sebelum balik hotel, kami makan restoran Indonesia di sebelah hotel aje...sedap gak makanannya..

See next entri, ya...


Tuesday 16 December 2014

Percutian ke Melbourne (Part 1)

Percutian ke Melbourne mmg tak dirancang...adik ipar mmg dah booking utk mrk nak ke sana. Tiba2 dia ajak ke sana bercuti...memandangkan ingat nak main snow sbb tak pernah kan mmg ler teringin...so, terima pelawaannya.

9 Jun 2014
Nisa & suami telah berjanji dgn abg ipar utk naik kereta dia...punya ler lama tunggu dia dtg...bbrp jam tunggu baru sampai. Bayangkan tak makan langsung konon nak berhenti makan kat highway tapi bila masuk highway nak berhenti mana2 pun tak boleh sbb byk kereta. Bila nak masuk pulak jem...kami dah lewat dah nie..risau sungguh. Dah lah pertama kali pergi naik KLIA2...mintak tlg adik ipar lelaki, Musa tunggu kami sbb takut kami sesat. Yg lain semua dah sampai.

Lepas parking...nampak Musa..lega rasanya...so, naik train nak ke KLIA2...beli tiket tanya arah mana...dia cakap mana2 pun blh...train sampai kami pun terus naik. Malang tidak berbau, terkejut bila train menghala arah lain iaitu ke KL. Nisa, suami, abg ipar (Ramlan), adik ipar (Musa) & bapa sedara suami (Ayahman)....apa lagi pucat muka kami sbb kapal terbang dah nak bertolak lagi sejam. Dah ler beg Nisa & beg abg ipar belum bawak masuk lagi. Nsb kami blh berhenti di stesyen yg berikutnya. Mula2 nak naik teksi tapi jaga kat situ kata lagi lewat...terpaksa tunggu train ke KLIA2 lagi 1/2 jam...kecewa sungguh dgn budak perempuan tiket tadi sbb bagi arahan tak betul. Ada pekerja KLIA2 yg berada di situ beritahu jalan nak ke sana memandangkan kami dah lewat & tak reti ke KLIA2..dia sabarkan kami kata ada masa lagi padahal sebenarnya dah suntuk masa. Sampai je train...kami terus naik & tiba di KLIA2 apa lagi berlari ke kaunter tiket..bukannya dekat..jauh... Nampak mak mertua, biras; Siti & adik ipar; Hidir tgh tunggu dkt kaunter. Sesampai di kaunter mereka tak benarkan beg kami masuk sbb dah tutup..puas juga kami merayu & akhirnya bertekak dgn mrk benarkan bawak masuk beg. 

Yg sedihnya dia blh kata tinggal je beg kat mana2...aduhai...Nisa mula ler rasa nak nangis...dah mmg patah hati nak pergi dah. Ckp dgn Mus tak apalah kami tinggal.  Tiba2 Mus bawak beg2 kami terus masuk konon2nya berharap pihak imegresen tu nak benarkan masuk dgn beg2 kami bila dgr masalah kami. Terkejut pihak imegresen tgk beg2 kami...kami ceritakan perkara sebenar. Salah seorg dpd mrk tiba2 beri idea beli shopping beg besar di KK Super Mart & sumbat semua barang kat situ..apa lagi berlari ke kedai tu (nasib dekat jer). Kat situ, habis kami punggah barang2...dah tak ingat apa dah org pandang ke apa ke...yg best imegresen tu pun tlg kami masa tu..terus kami masuk berlari2 sbb dah terlambat...jauh sungguh rasanya...tapi semua pihak imegresen mmg bagus sbb mrk yg dah tahu situasi kami lepaskan kami mcm tu ajer walau byk brg terlarang dlm beg kami...tapi sifat keperimanusiaan mrk, kami berjaya menempuh semua itu. Mmg penat giler...sampai kat kapalterbang...mmg tak terkata penat, sedih & mcm2 lah...teringat kat beg yg tinggal di kedai mart tue...(berdoa agar beg kami ada lagi kat situ bila blk). Rasa terhutang budi kpd pihak imegresen krn memahami diri kami tak mcm pihak Air Asia yg tidak ada tolak ansur..dah ler tue rupa2nya flight kami lewat setengah jam bila kami dah masuk...mmmm....lagi ler rasa geram...

Mmg pengalaman sungguh dgn lapar tak makan, penat berlari...beg kena tinggal (mcm org pelarian jer tgk beg2 tue). Terngiang2 Mus berkata tak apa RM70 utk beg2 tue dpd rugi duit tiket yg beribu sbb dia tak nak kami bertiga tak pergi pulak sbb masa tu Nisa mmg dah putus harapan dah suruh Mus masuk tanpa kami...Mus yg beria2 jugak cari jalan utk masuk akhirnya berjaya juga.

Beg KK Super Mart tue lah jadi pengganti beg kami (rasa beli dlm 4 beg kot)...yg bawah tu beli kat Melbourne...hikmahnya beg2 nie bila timbang sikit jer bila nak blk M'sia..jadi yg lain blh tumpang timbangan beg..tak perlu byr lebih cukai.


Bayangkan itu lah beg2 kami...tak apa, janji dpt pergi dgn semua brg kami..

Thanks Imigresen KLIA2...kami akan doakan agar Allah balas jasa anda semua, ya..AMIN..






Saturday 5 July 2014

Percutian ke Betong, Thailand 2013

Ini kisah percutian 2013....baru nak masuk blog..

Terlupa kisah percutian ke sana....kat sana cuma yg tak bestnya malam dah macam "pekan mati"...boring, best lagi klu g Hatyai rasanya. Tapi sbb tak pernah pergi, jadi ikut je my in-laws. Hotel mmg murah kat sana.


Klu ke Betong, tak sah klu tak pergi ke Piyamit Tunnel (ini zaman perang dulu2 mrk menyorok kat sini). Meh, tgk gambar2.





Nak kena masuk hutan dulu...penat jugak...









Lupa pulak nama dia nie...tukang cerita kisah di sini...jgn risau, sbb nampak je kami terus cakap Bhs Melayu...rupa2nya dia dr KL tapi dah lama menetap di sini semasa perang dulu...dia bgtau dia dah tak boleh blk M'sia sbb akan kena tangkap

Bergambar dulu sebelum masuk dlm tunnel tue...





Berpeluh-peluh gak dok dlm nie...so, bila keluar ada mcm muzium kecil..byk brg2 lama2 zmn perang dulu.





Setelah itu, kami pun bergerak ke Winter Flower Garden...cantik bunga2 kat situ tapi sbb hujan tak dpt nak bergambar sgt..








Bagi makanan kat sini, tak susah cari yg halal....ok, itu percutian thn lepas yg lambat diupdate..huhuhu..