Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini.

Jom Klik...

Saturday 10 September 2016

Anak Oh Anak

Dah lama bersarang blog ini....tak apa, bukannya ada org baca pun...tak famous macam blogger lain. Tulis pun sekadar utk kenangan di masa akan dtg.

Esok Hari Raya Aidiladha...satu persiapan pun tak buat mcm Hari Raya Puasa baru2 ini. Tahun ini tahun "malas" bagiku sejak gugur bulan 2 tahun ini. Malas masak....asyik makan di luar shj.

Bila dok sorang2 mula terpikir "Kenapa aku diuji sebegini?" Siapa yg tidak cemburu melihat kpd rakan2 sekolah seramai 11 org mengandung & ramai yg telah bersalin dengan selamatnya. Mereka muda, dah ada anak ramai tapi dapat bersalin dgn selamat...."kenapa aku yg diuji sedangkan umurku dah 45tahun sukar utk mendpt anak, 10thn penantian tetap tak dapat juga????" Mmg org kata ini ujian Allah, Allah sayang, anak masuk syurga akan tlg kami suami isteri tapi berat sungguh hati & mata kami suami isteri.

Sedih bila teringat kembali tambah bila dengar semua dah bersalin dgn selamatnya. Tak salah utk aku cemburu, kan. Bila tgk gambar baby kami lagi terasa sedih. Baru2 ini Mak Long tgk gbr baby kami katanya baby kami mcm 6 bulan....lagi ler rasa aduhhhh...knp....knp....knp....

Sunyi mmg sgt sunyi tanpa suara anak2...umur ku yg makin meningkat sukar utk mendpt anak lagi dgn kesihatan yg tidak mengizinkan. Seronok tgk rakan sekerja yg masih muda bersalin dgn selamat mendpt anak2 yg comel. Moga mrk hargai apa yg mrk ada skrg.

Diri ini yg dah dikatakan "Kubur semakin dekat" hanya mampu melihat anak2 org...cium anak2 org....main dgn anak2 org....peluk anak2 org....mmmmmm sampai ke kubur lah tiada doa dari anak sendiri....

Saturday 7 May 2016

Bermulanya Kisah Mary Kay Dalam Hidupku



Semuanya bermula dengan rakan Maktab dulu yg bertemu di fb, Zuraida yg memperkenalkan Mary Kay.  Nisa memang suka masuk macam2, tertarik dgn Mary Kay tambahan dengar drpd Guru Kanan sekolah, Kak Fadilah bercerita ttg kebaikan produk Mary Kay. So, join Mary Kay. Masa tue cuma tahu jual produk sahaja, customer tetap Kak Fadilah & Kak Liza shj. Update lah sikit2 di fb sehingga rakan sekerja, Nabila berminat nak cuba...bagi dia try. Tiba2 katanya mukanya naik merah2 sampai jumpa doktor. Terkejut jugak & rasa kesian kat dia sbb beratus jugak habis. Selepas itu, terus tak promote kat fb sbb tak nak org lain pun mengalami perkara yg sama. Akhirnya, keahlian Nisa pun tamat tanpa Nisa sedar sehingga kawan lama Nisa datang ke sekolah perkenalkan Mary Kay semula. Bila dia check, akaun Nisa dah tak ada.

Nisa pun contact Zuraida semula & dia berikan no telefon si Liza yg aktif di Ipoh. Tiba2 Liza call Nisa utk bertanya kenapa dulu tidak aktif. Bila Nisa cerita tentang rakan Nisa yang mukanya teruk sebab Mary Kay...baru Nisa tahu drpd Liza apa perlu dibuat & apa perlu diberi.  Masa tue Nisa tak ada ilmu langsung....tau jual jer. So, Nisa daftar sekali lagi bulan Feb, 2015 sbb Nisa rasa produk Mary Kay ini ok & Kak Liza pulak suka dgn Mary Kay.

Liza selalu bertanya khabar & tanya kalau2 minat nak belajar buat facial secara percuma. Lama jugak nak bagi keputusan sehingga tiba2 kawan sekerja Cina, si Soon tegur "Kak Wan pakai apa sekarang, nampak cantik lah....dulu buruk." Terkejut dibuatnya sbb masa tue tgh berpeluh2 dikatanya cantik. Lepas tue dia nie jenis jujur, jadi terbuka hati pulak nak tahu tentang Mary Kay dgn lebih details. Lama terfikir & tanya rakan2 sekolah tentang belajar cara berfacial...yg setuju masa tue 4 org tapi bila tiba masanya yg lagi 2 org tidak dapat datang sbb ada hal. Jadi, tinggal kami bertiga sahaja. Tapi Liza kata lagi sikit, lagi bagus. So, hari tue kami belajar cara2 nak cuci muka dgn betul...thanks to Kak Liza & Ayu sbb sudi join sekali. Liza bawa bbrp org yg sudi dtg belajar. Masa ini baru tau sedikit teknik cuci & jenis kulit muka. Ini gambar upline Nisa yg cantik sudi dtg secara percuma shj buat kelas di sekolah.


Bermula drpd sini, Nisa pun mula berminat untuk mengenali Mary Kay & menjual produk Mary Kay. Kesian Liza, selalu kena ganggu dgn Nisa asyik bertanya itu & ini. Nisa pun rajin share dlm fb, instagram & buat fanpage khas bernama Nisa Mary Kay Ipoh. 

Baru2 ini rezeki dgn Mary Kay mula dah nampak sikit2 itupun selepas mengalami keguguran. Customer dah mula bertambah bukan shj drpd Ipoh tetapi juga luar Ipoh. Bbrp org pun dah mula repeat order...alhamdulilah...ini yg dikata rezeki slps gugur kot. Hanya share dlm fb & ig sbb Nisa tak boleh bergerak byk namun tiba2 ada shj rezeki Mary Kay masuk. Byk yg Nisa kena belajar. Harap2 bila Nisa sihat bertambah rezeki lagi dgn menambahkan ilmu. Terima kasih Allah jika benar ini yg boleh membantu Nisa menyelesaikan pelbagai masalah kewangan..Nisa akan mendalami ilmu Mary Kay agar lebih berkeyakinan utk menjual. Tambahan pula dpt restu drpd suami sendiri.

Seronok pulak menjual bila ada customer Nisa yg berpuas hati dgn produk Mary Kay....alhamdulilah sbb dapat membantu bbrp org menyelesaikan masalah mereka. Ini yg bertambah semangat. Bila difikirkan semula, Nisa dulu bukannya suka nak tahu ttg make-up tetapi Mary Kay telah cuba mengubah diri Nisa sedikit demi sedikit.

Kepada yg berminat nak tahu tentang produk Mary Kay, boleh tanya Nisa di 0125457422.





Thursday 14 April 2016

Rezeki Yang Datang & Pergi (Part 2)

Tak sangka ramai juga yg membaca post sebelum ini...maaf, sibuk tak update2....

Disember
Sepjg tempoh ini...sibuk berulang alik ke sekolah utk buat jadual waktu sekolah. Ramai rakan2 pun dah mula tahu...mcm2 pesanan...itu tak boleh ini tak boleh. Ada pulak hamba Allah sampai belanja org kerana berita gembira kami...Nisa doakan dia dimurahkan rezeki hendakNya...niatnya agar urusan kami dipermudahkan. Kebetulan ada pulak rakan2 mengerjakan umrah dpt tahu & doakan utk Nisa...alhamdulilah..moga Allah mempermudahkan urusan mrk juga. Masa mesyuarat pertama di sek, ada rakan2 sampai berlinang air mata bila dengar Nisa pregnant...tak sangka, kan. 

Tiba2 hari pertama nak buka sek, terkejut bila tgk ada darah...masa tue dlm 5.30 pagi nak bersiap ke sek...panik tak tahu nak buat apa...try whatsapp & call kawan2...call Kak Liza..nsb dia angkat, disuruhnya gi hosp. Yg lain pun bila dah baca mesej suruh cepat2 gi hosp. Kejutkan suami kata ada bleeding...dia pun panik sama. Jadi, kami pun ke hosp...mula2 ke Wad Bersalin..dah ler parking susah...bila pergi ktnya kena ke Emergency. Jenuh pergi pulak cari parking...jauh pulak berjalan. Sampai ke Bilik Emergency....doktor pun mula check...mmmm....pengalaman sungguh sbb dah check bawah tue. Lps tue ktnya kena naik ke Wad 1 jumpa pakar sbb ada kes fibroid....jenuh jugak tunggu dlm 2jam lebih...penat menunggu akhirnya dibawa ke atas...sampai atas tunggu lagi....mmmm.... Bila dipanggil, kena bersoal jawab jugak dlm 20minit kot...penat rasanya nk berjawab..lps tue kena scan...ini part plg sakit...(tak payah lah citer kat sini) sbb kat emergency pun mrk buat, kat wad gynae pun buat jugak...aduhai...ini yg org kata klu beranak nanti dah tak kisah dah sapa yg sambut. Belum bersalin dah rasa dah perasaan itu...dah hilang sifat malu. Dr Shikin terus bagi mc seminggu suruh rehat. Doktor seorg lagi yg check ktnya rahim kuat...yg kelakor ktnya baby tue melompat2...aik dah melompat dah. Yg ptg masa tue alhamdulilah baby ok.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu...setiap kali gi check-up pasti kena ambil darah. Bleeding lagi tapi sikit aje...dapat mc sehari sbb doktor kt tak ada masalah.
1 Februari mcm biasa nak ke sekolah....sakit di bhgn perut yg amat sgt...sebenarnya dah mula sakit pun sebelum tue. Tak tahan sgt, pergi hospital jugak. Punyalah lama tunggu di bhgn bawah tue nak jumpa doktor.....tak sanggup rasanya nak duduk situ...kena lagi ambil darah & air kencing.

Mrk kata kena naik wad 1C utk check dgn pakar lagi...aduhai rasa mcm nak kena tahan ajer.  Sampai kat atas mcm biasa bersoal jawab dulu...tiba2 dtg Dr Atiqah masa tgh scan oleh seorg doktor nie...ktnya kena warded...dia dah tahu kes Nisa ktnya pd doktor pelatih. Bermula lah kisah tinggal di hospital (seumur hidup tak pernah tinggal kat hospital).

Nisa pun call mak & suami call family dia. Pengalaman sungguh tinggal di hospital. Kesian mak sbb susah hati sgt...tiap2 hari dtg, begitu juga family suami dtg tiap2 hari. Adik Nisa pun dtg dr jauh kebetulan suaminya ada appointment di hospital. Sempat pulak biras ambil gbr & post di fb...ramai yg mendoakan...terima kasih semua.

Boring jugak tinggal kat hospital selama 5 hari  (dah lah panas...asyik makan panadol aje mesti berpeluh esp waktu mlm)...sakit jgn cakap lah...satu hari tue saja geram tgk fail pesakit sebenarnya tak boleh slps kena scan (doktor masa tue tak nak cakap apa2...geram lah)...laju jer ambil gbr...terkejut jugak bila tgk ada 3 fibroid tiba2 keliling baby Nisa...

Sedih rasanya bila tgk baby kena apit...kenapa pulak tiba2 ada 3 kat situ...sebelum ini tak ada pun. Kesian baby. Hari tue dtg Kak Ani dgn anak2nya...baru rasa happy sikit tgk kawan dtg. Betul kata org bila ada sesiapa dtg masa kita sakit, hati kita akan rasa sejuk & happy.


Yess....dah boleh balik dah slps 3 hari di hospital...doktor bg mc sampai Jumaat. Sementara tunggu suami dtg ambil, makan dulu....mmmm....yg sedap pisang shj. Tiba2 pulak ditegur bekas anak murid yg jadi nurse kat situ..alahai malunya...nasib nak keluar dah...dia yg uruskan semuanya...senang sikit.


Gambar di bawah ini diambil semasa merentas desa di sekolah pd 19 Feb 2016 (Jumaat). Bygkan 8 org mengandung...yg mula2 akan bersalin yg hujung sebelah kiri dan seterusnya. Nisa org yg ke7...mudah2an, kan (mengharap masa nie lah).


Slps balik dr sekolah hari tue tiba2 rasa sakit yg amat sgt...dah mula dah sakit hari Khamis...tapi kali ini sakit yg amat sgt...jadi berbaring kat rumah aje tak ke mana2 pun. Nak ke hospital fikir jadi mcm hari tue...masuk wad tapi tak ada apa2 pun. 
Ahad malam itu rasa gelisah tak boleh tidur....ke kiri ke kanan pusing...suami pun risau dibuatnya. Ingat nak tunggu pagi baru pergi hospital. Tiba2 dlm pukul 4pagi, terasa mcm air keluar...panas rasanya...terus ke bilik air..nsb baik dekat dgn katil...terkejut tgk darah keluar mcm air...suami suruh duduk atas toilet...darah pekat keluar dgn ketulan2 darah yg sgt byk...menangis tgk darah tue sambil cakap dgn suami "Anak kita dah tak ada, abang"....bbrp kali ckp sambil menangis. Suami dah mula panik tak tahu nak buat apa. Berlinang air mata...masa tue rasa sakit pun tak terasa...rasa kehilangan yg amat sgt. Slps setgh jam...masukkan seluar yg penuh darah ke dlm beg plastik dgn pertlgn suami utk dibawa ke hospital. Oleh krn terlalu penat & tak larat, rehat sementara tunggu suami kutip & bersihkan darah di dlm bilik air.

Sesampai di Emergency room...doktor cina lelaki yg sambut & memeriksa. Masa tue sorang2 jer sbb suami tgh cari parking almaklum lah parking kan susah hari Isnin. Slps check, doktor nak scan....tiba2 terkejut sbb doktor kata nampak jantung berdenyut2...menangis bila tahu baby ada lagi...Ya Allah...tak sangka. Suami dtg terkejut bila tau ada baby lagi...menangis dia. Doktor menepuk2 bahu suami. Rasa lega masa tue. Sementara menunggu utk ke wad 1C, terasa darah keluar lagi...habis katil mereka. Datang org yg akan bawa ke wad 1C...baik sungguh dia cari & pakaikan pampers (masa tue dah tak heran dah pampers pun pampers lah) sebab masa tue dah pening byk sgt keluar darah. Dia tlg bersihkan semuanya & bawa naik ke wad 1C.
Sampai ke wad...kena lagi scan & check...doktor kata rahim buka 2cm tapi baby masih ada lagi. Masa tue mmg dah tak larat sgt dah...kena pimpin naik atas katil...terngiang2 dgr suara mrk kata katil dah penuh...mrk letak Nisa kat tepi tue dulu tapi sekejap shj dah dpt katil. Suami uruskan kemasukan wad. Bila dah rasa ok sikit, call mak...suami call family dia. Mcm biasa, mak dgn abah dtg begitu juga family suami. Bermula semula duduk kat hospital.  Diberi ubat sakit, panadol, antibiotik....itu dah rutin.

Pagi Selasa (23.3.2016) dlm pukul 6...darah keluar lagi dgn ketulan2...minta pertolongan doktor yg ada. Sjk pagi tue terasa sakit yg amat sgt...doktor pakar mcm biasa dtg pkl 10 pagi kot...mengadu kat dia...dia kt akan bg ubat tahan sakit yg sgt kuat. Call suami suruh dtg tghhari sbb tak tahan sakit. Call mak dgn abah tak angkat2. Sms kat kwn Ayu...bgtahu sakit sgt...tak tahan. Slps mkn ubat itu...setengah jam kemudian rasa sakit perut nak membuang...jadi panggil nurse pelatih nak ke toilet...dia ambilkan kerusi roda. Bila bangun terkejut terasa ada benda keluar. Tiba2 nurse senior bgtahu "Kakak tue tak boleh turun katil"....eh tak tahu pulak. Dia pun dtg suruh baring balik...bgtahu dia ada benda keluar. Bila baring, tgk nurse tue geleng2 kepala bila buka kain Nisa. Terus Nisa ty, "Baby ke?" Bila dia usap tangan suruh sabar sambil angguk...."Ya Allah"....menangis lah bgtau dia "9thn tunggu", "kenapa". Doktor2 dan nurse2 yg lain kelam kabut dtg. Jenuh jugak doktor nak tarik dia keluar...yg Nisa ingat Nisa menjerit kesakitan "Allahuakbar" terus baby keluar. Aduhhhhh sakitnya. Yg terdengar slh seorg nurse ckp "Eh...comelnya baby nie"...bila dia nak tunjuk, Nisa tak sanggup tgk sbb terlalu lemah...bgtau nak tgk dgn suami. Doktor Atiqah kt akan bagi injection utk uri keluar sendiri, dia tak berani keluarkan sbb takut tertinggal.

Tak lama kemudian, suami dtg...Nisa dah call pun bgtahu baby dah tak ada. Dtg doktor lain nak check uri dah keluar ke belum...masih belum...dia pun bawak ke bilik scan utk keluarkan uri. Suami pulak tgk baby masa tue. Di bilik scan, dia keluarkan uri...aduhhhh...sakit yg amat sgt...Allah jer yg tahu. Slps tue dia ckp doktor pakar akan tgk semula takut ada yg tertinggal, tapi katanya dia rasa mcm dah tak ada. Jadi, kena tunggu doktor pakar. Dgn badan yg lemah dipimpin keluar oleh nurse dr bilik scan, nampak mak & adik peluk Nisa...cium Nisa...masa nie Nisa rasa lemah sgt. Sesampai di katil, bbrp doktor laju jer masukkan air...mcm kelam kabut jer...mgkn sbb Nisa terlalu lemah. Slps itu mak dgn adik dtg peluk cium Nisa...yg Nisa dgr suami dah bawa baby utk ditanam dgn segera di Masjid Panglima Kinta....(Nisa tak tgk baby Nisa). Terus Nisa minta maaf dgn mak sbb rasa byk buat salah dgn mak...mak kt "Kamu anak yg baik, tak pernah buat salah pun...mak dah lama maafkan."  Lps tu terngiang2 dgr mak & adik kata nak gi tgk dia dikebumikan....tinggal lah Nisa sorang2.

Lbh kurang pkl 6...abah & mak sampai dulu...terus salam & minta maaf dgn abah. Rasa sedih yg amat sgt. Abah pegang lama tgn Nisa sampai suami dtg dgn adik2 yg lain. Rasa sedih tak terkata sbb penantian 10thn tidak juga berhasil. Adik ipar Ida bgtahu "Kak Nisa dpt anak syurga, jgn risau..dia bantu mak bapa dia nanti." Mrk ckp baby Kak Nisa comel...senyum pulak tue (terkejut juga)....mak kt cukup sifat, mak kira cukup jari tangan & kaki. Masa ini, mmg terasa kehilangan, kesedihan.....sakit jgn ckp lah. Bila semua balik, tinggal suami...tgk dia cool jer...dia kata...tak apa, kita dpt anak syurga. Baby pun senyum nak masuk syurga. Dia bgtau dia tak sanggup tgk Nisa menderita mcm ini...tak apa...selama ini kita berdua happy juga....tak ada anak pun tak apa asalkan Nisa sihat, tak sanggup tgk Nisa sakit. Berbalik kpd doktor pakar yg nak check uri...tak datang2 sbb ada kes operation.

Pada keesokannya, mrk masukkan 1 pain darah....mrk akan masukkan lg 1 pain pd waktu ptg. Slps masukkan 1 pain darah, Nisa dibawa ke bilik scan utk check uri. Doktor kt klu ada lg uri, kena buat dnc, klu tak ada, tak pyh buat. Bila dicheck, Nisa nampak doktor tue berbisik kt ada lagi pd rakannya. So, Nisa kena buat dnc dgn segera. Nurse pun bagi baju lain utk ke bilik operation. Sesampai di situ, doktor bius terkejut tgk muka Nisa pucat...terdgr dia ckp, "Pesakit nie pucat, mcmmn nak buat operation?" Tapi terdgr ada yg kata kena buat juga. Nisa pun dibawa ke bilik operation...mrk biuskan Nisa...yg Nisa dgr ayat terakhir suruh mengucap...terus tak tahu apa2. Sedar2 dah habis & rasa sakit yg amat sgt....rasa nak tgk muka suami sgt2 masa tue sbb tak tahan sakit. Terasa lama tunggu nurse nak dtg...dlm setgh jam rasanya. Kemudian, dgr mrk call suruh ambik Nisa...bila dibawa ke atas...suami tak ada pun...rasa frust lah jugak. Nisa terus tidur sbb tak tahan sakit.

Bila petang ty suami...suami kata dia dah tunggu lama sampai pkl 2..waktu melawat dah habis...lagipun dia kena cuci & tanam uri yg diberi doktor semlm. Mak dtg terkejut dgr uri tertinggal....marah lah dia. Petang tue tambah satu pain darah lagi. Masa nie menahan shj kesakitan yg amat sgt.

Esoknya Nisa tanya doktor knp blh gugur. Doktor pun tak boleh nak jawab...ktnya mgkn sbb fibroid byk..terkejut jugak. Dia beritahu ada 10 fibroid dlm rahim Nisa...Nisa ty knp blh tiba2 ada 10? Doktor kt mungkin hormon semasa mengandung. Jika Nisa nak pregnant lagi, mrk akan buang fibroid itu tapi Nisa akan menghadapi risiko yg tinggi. Jika tak nak pregnant, mrk tak akan buat apa2. Mrk mmg tak nak buang sbb risiko kpd Nisa sgt tinggi. Tapi klu sakit lagi, mungkin akan buang rahim terus. Dgr buang rahim....mmmmmm....tak nak....biar lah dulu. Minggu tue 2 lagi pain darah dimasukkan....jadi, lama juga lah tinggal di hospital.
Sepjg di hospital selain family dtg, kwn2 yg dtg melawat adalah Eza, kawan Mary Kay (Ami), Kak Liza & Santhi...terima kasih byk2 ya sudi dtg melawat.
Pd hari akhir nak keluar (Sabtu), doktor pangkat besar kot....datang tgk marah2 Nisa sbb Nisa masih tak buat keputusan nak pregnant atau tidak. Dia suruh buang rahim....tersentap juga dibuatnya. Nisa balas balik...Nisa mengandung ini pun kuasa Allah, bukan Nisa yg merancang. Konon sbb faktor umur yg buatkan Nisa jadi begini. Geram....marah....sedih....sakit hati semua ada pd doktor ini. Lega dpt keluar hari tue......bila keluar dr wad, Nisa blk rmh ambil kain baju terus ke rumah mak utk berpantang. Bermula episod berpantang dlm hidup Nisa.


Buat anak mama yg diberi nama NUR AFIFA FITIYA BINTI AFARISWA (anak perempuan yg suci & memiliki harga diri)....mama sayang anak mama....anak mama anak syurga, doakan mama & papa...semoga kita sama2 berjumpa di syurga nanti...ramai yg kata anak mama tgk seronok bermain2 dgn Nabi Ibrahim...patut lah senyum masa dilahirkan. Mama akan sentiasa merindui anak mama........mama tidak sempat melihat anak mama yg dikatakan cukup sifatnya. Mama & papa akan sentiasa sedekahkan alfatihah buat anak mama...in sya Allah.


Ini yang dikatakan rezeki datang & pergi...ini semua kuasa Allah...kita sbg hambaNya kena redha & sabar.

































Wednesday 23 March 2016

Rezeki Yang Datang & Pergi (Part 1)

26 Nov 2015
Pada bulan Nov macam pelik knp period tiba2 tak datang2...lepas tue asyik lapar jer & asyik nak gi toilet aje. Tak terfikir pun utk pregnant sbb dah 9thn kot jadi mgkn false alarm atau ada benda tersumbat...kata diri ini lah. Ntah mcmmn tergerak nak ty kawan sekerja, si Zana...puas lah dia suruh beli pregnancy test...ish...malas lah...nanti berharap pulak. Ntah mcmmn, masa tue kat Sg Rokam dok tunggu adik ipar baiki keter iswara...rasa2 nak gi farmasi beli. Slps settle semua, ajak lah suami gi farmasi kat Pekan Razaki...beli yg murah punya lah...nanti tak ada...frust...huhuhuhu. Berwhatsapp ler dgn si Zana ty cara2 nak guna...hehehe..kelakor ada pembantu peribadi dlm hal2 ini. So, dgn hati yg berdebor2...Zana kt kena ambik waktu pagi2...so...ambik ler waktu pagi...sekali tgk line tue ada 2 tapi blur...so, Nisa pun jadi blur. Mmmm...tak adalah tue...tunjuk gbr kat Zana bgtau x de rezeki tapi dia heran knp blur...mana Nisa tau...dia paksa gi check doktor...eeeee...lagi ler tak nak... So, Nisa pun google kot2 ada yg senasib blur...mmg ada & ada yg pregggy ada yg tidak..so, konfius. Slps berbcg dgn suami & google mana klinik yg rasa2 ok nak check (segan nak ty org)...kami pun pergi lah sampai tjg rambutan..Poliklinik Tjg Rambutan.

Berdebar2 rasanya masuk klinik tue...suami pun masuk sekali. Bila discan, tiba2 dokt kata "tue ada tue"...macam tak percaya bila dokt kt mcm tue...suami pun terkejut. Yg best dokt pun tgk reaksi kami pun dia pun risau sampai scan byk kali...mmg ada nampak kantung dia dah...5 minggu masa tue. Ya Allah, masa tue Allah shj yg tau perasaan kami berdua...mmg tau ada fibroid tapi dokt tue ckp ianya di luar rahim jadi tak ada mslh...lega rasa dgr masa tue. Ktnya ramai pesakit dia ada fibroid esp assistant dia elok jer bersalin. Lega dgr masa tue. Syukur sgt2 masa tue krn tak dijangka umur 44thn dgn fibroid tiba2 mengandung. Fibroid mengecil sbb dulu 8.9cm mungkin sbb ambik gum arabic, madu cuka berserta supplement Shaklee...x tau yg mana satu...yg tau selama ini dah tak berapa mengharap dah...  Ini gambar scan menunjukkan dah nampak kantung (gbr pertama)...Allah shj tahu perasaan kami suami isteri ketika itu.






Org pertama yg diberitahu sapa ler lagi....si Zana lah sbb dia yg beria2 suruh gi klinik. Kami pun singgah Giant sbb nak solat maghrib....masa itu terus call mak...ingat lagi mak menjerit terkejut & happy bunyinya...terharu dgr mak kata doa mak akhirnya termakbul. Sedih tak terkata ketika itu. Kebetulan adik Nisa, Ct pun ada kat rmh mak pun terkejut & happy bila dgr kakaknya dah mengandung. Lps solat...whatsapp biras nak tau dia kat mana...tup..tup...ktnya dia mkn kat Mee Rebus Ramli Tambun...ohhh...dkt dah tue. Yg ada adik2 ipar & abg ipar sekali. So, kami pun pergi nak jumpa mrk...masa tue terpikir nak citer ke tidak...takkan tak citer kot, kan.

Masa dtg tue mrk tgh sibuk bersembang...tunggu mrk habis bersembang, baru Nisa ckp abg mrk ada berita nak beritahu. Bila suami kata "Nak bgtau nie...Kak Nisa pregnant"....menjerit adik2 ipar perempuan tanda happy terkejut. Yg biras Ct terkejut sampai berair mata dia tanda gembira. Yg abg ipar & adik ipar lelaki pun terkejut sbb tak sangka, kan. Bermula lah topik ttg itu ini ttg pregnant. Kami bercadang tak nak heboh2 dulu takut jugak sbb baru 5 minggu....apa2 boleh jadi. Masing2 seronok nak jadi auntie & uncle setelah sekian lama tak ada anak sedara sebelah suami.

Lps makan situ...biasa lah ke kedai mamak pulak jumpa adik ipar yg lain pulak tapi yg adik2 ipar perempuan balik dah tak larat. Kami pun ke kedai Ghani dkt Tesco Extra jumpa Hidir kat sana pulak. Terkejut Hidir bila diberitahu kakak iparnya pregnant. Tiba2 datang pulak adik ipar yg seorg lagi, Kadir dgn isterinya (tapi isterinya dok dlm keter sbb tak sihat)...tgk reaksi Kadir pun terkejut almaklum ler mmg tak sangka, kan. Lengkap semua family suami dah tau kecuali mak mertua & bapa sedara suami, Ayahman sbb masa tue mrk ke rumah kakaknya di Manjong.

Bersyukur ke hadratmu Ya Allah...akhirnya penantian 9thn utk menimang cahayamata termakbul jugak. Padahal mmg bila dah masuk umur 40thn & tau ada fibroid tak mengharap dah pun akan ada baby dlm hidup kami berdua. Syukur sangat2.

Ingat nak berahsia tapi adik lelaki, Ib org pertama htr ucapan tahniah pulak di fb tapi mana yg perasan mrk akan bertanya personal....mana yg tak fhm mrk diam jer. Klu org ty kena bagitau lah, kan...ramai yg happy dengar.

Then lepas seminggu kami pergi buat buku merah di Klinik Manjoi sbb ikut alamat rumah mak...pertama kali ke Klinik tue...alahai sempitnya...tapi di situ lah bermula segala2nya....

My first buku merah....mcm tak percaya je masa mula2.

So...dah diberi date appointment dgn doktor...selepas itu bermula lah ke klinik selalu minum air gula, ambik darah dan begitu lah seterusnya.  Cuma terkilan sbb doktor bising sbb umur 44thn pregnant....ini semua kuasa Allah...tak rancang pun...tiba2 ajer dapat.

Ok...nanti kan Part 2...ya....tq..