Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini. Mengajar di SMK Seri Puteri, Ipoh & memegang jawatan Guru Perpustakaan & Media (GPM).

Jom Klik...

Saturday, 7 May 2016

Bermulanya Kisah Mary Kay Dalam Hidupku



Semuanya bermula dengan rakan Maktab dulu yg bertemu di fb, Zuraida yg memperkenalkan Mary Kay.  Nisa memang suka masuk macam2, tertarik dgn Mary Kay tambahan dengar drpd Guru Kanan sekolah, Kak Fadilah bercerita ttg kebaikan produk Mary Kay. So, join Mary Kay. Masa tue cuma tahu jual produk sahaja, customer tetap Kak Fadilah & Kak Liza shj. Update lah sikit2 di fb sehingga rakan sekerja, Nabila berminat nak cuba...bagi dia try. Tiba2 katanya mukanya naik merah2 sampai jumpa doktor. Terkejut jugak & rasa kesian kat dia sbb beratus jugak habis. Selepas itu, terus tak promote kat fb sbb tak nak org lain pun mengalami perkara yg sama. Akhirnya, keahlian Nisa pun tamat tanpa Nisa sedar sehingga kawan lama Nisa datang ke sekolah perkenalkan Mary Kay semula. Bila dia check, akaun Nisa dah tak ada.

Nisa pun contact Zuraida semula & dia berikan no telefon si Liza yg aktif di Ipoh. Tiba2 Liza call Nisa utk bertanya kenapa dulu tidak aktif. Bila Nisa cerita tentang rakan Nisa yang mukanya teruk sebab Mary Kay...baru Nisa tahu drpd Liza apa perlu dibuat & apa perlu diberi.  Masa tue Nisa tak ada ilmu langsung....tau jual jer. So, Nisa daftar sekali lagi bulan Feb, 2015 sbb Nisa rasa produk Mary Kay ini ok & Kak Liza pulak suka dgn Mary Kay.

Liza selalu bertanya khabar & tanya kalau2 minat nak belajar buat facial secara percuma. Lama jugak nak bagi keputusan sehingga tiba2 kawan sekerja Cina, si Soon tegur "Kak Wan pakai apa sekarang, nampak cantik lah....dulu buruk." Terkejut dibuatnya sbb masa tue tgh berpeluh2 dikatanya cantik. Lepas tue dia nie jenis jujur, jadi terbuka hati pulak nak tahu tentang Mary Kay dgn lebih details. Lama terfikir & tanya rakan2 sekolah tentang belajar cara berfacial...yg setuju masa tue 4 org tapi bila tiba masanya yg lagi 2 org tidak dapat datang sbb ada hal. Jadi, tinggal kami bertiga sahaja. Tapi Liza kata lagi sikit, lagi bagus. So, hari tue kami belajar cara2 nak cuci muka dgn betul...thanks to Kak Liza & Ayu sbb sudi join sekali. Liza bawa bbrp org yg sudi dtg belajar. Masa ini baru tau sedikit teknik cuci & jenis kulit muka. Ini gambar upline Nisa yg cantik sudi dtg secara percuma shj buat kelas di sekolah.


Bermula drpd sini, Nisa pun mula berminat untuk mengenali Mary Kay & menjual produk Mary Kay. Kesian Liza, selalu kena ganggu dgn Nisa asyik bertanya itu & ini. Nisa pun rajin share dlm fb, instagram & buat fanpage khas bernama Nisa Mary Kay Ipoh. 

Baru2 ini rezeki dgn Mary Kay mula dah nampak sikit2 itupun selepas mengalami keguguran. Customer dah mula bertambah bukan shj drpd Ipoh tetapi juga luar Ipoh. Bbrp org pun dah mula repeat order...alhamdulilah...ini yg dikata rezeki slps gugur kot. Hanya share dlm fb & ig sbb Nisa tak boleh bergerak byk namun tiba2 ada shj rezeki Mary Kay masuk. Byk yg Nisa kena belajar. Harap2 bila Nisa sihat bertambah rezeki lagi dgn menambahkan ilmu. Terima kasih Allah jika benar ini yg boleh membantu Nisa menyelesaikan pelbagai masalah kewangan..Nisa akan mendalami ilmu Mary Kay agar lebih berkeyakinan utk menjual. Tambahan pula dpt restu drpd suami sendiri.

Seronok pulak menjual bila ada customer Nisa yg berpuas hati dgn produk Mary Kay....alhamdulilah sbb dapat membantu bbrp org menyelesaikan masalah mereka. Ini yg bertambah semangat. Bila difikirkan semula, Nisa dulu bukannya suka nak tahu ttg make-up tetapi Mary Kay telah cuba mengubah diri Nisa sedikit demi sedikit.

Kepada yg berminat nak tahu tentang produk Mary Kay, boleh tanya Nisa di 0125457422.





No comments:

Post a Comment