Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini. Mengajar di SMK Seri Puteri, Ipoh & memegang jawatan Guru Perpustakaan & Media (GPM).

Jom Klik...

Saturday, 10 September 2016

Anak Oh Anak

Dah lama bersarang blog ini....tak apa, bukannya ada org baca pun...tak famous macam blogger lain. Tulis pun sekadar utk kenangan di masa akan dtg.

Esok Hari Raya Aidiladha...satu persiapan pun tak buat mcm Hari Raya Puasa baru2 ini. Tahun ini tahun "malas" bagiku sejak gugur bulan 2 tahun ini. Malas masak....asyik makan di luar shj.

Bila dok sorang2 mula terpikir "Kenapa aku diuji sebegini?" Siapa yg tidak cemburu melihat kpd rakan2 sekolah seramai 11 org mengandung & ramai yg telah bersalin dengan selamatnya. Mereka muda, dah ada anak ramai tapi dapat bersalin dgn selamat...."kenapa aku yg diuji sedangkan umurku dah 45tahun sukar utk mendpt anak, 10thn penantian tetap tak dapat juga????" Mmg org kata ini ujian Allah, Allah sayang, anak masuk syurga akan tlg kami suami isteri tapi berat sungguh hati & mata kami suami isteri.

Sedih bila teringat kembali tambah bila dengar semua dah bersalin dgn selamatnya. Tak salah utk aku cemburu, kan. Bila tgk gambar baby kami lagi terasa sedih. Baru2 ini Mak Long tgk gbr baby kami katanya baby kami mcm 6 bulan....lagi ler rasa aduhhhh...knp....knp....knp....

Sunyi mmg sgt sunyi tanpa suara anak2...umur ku yg makin meningkat sukar utk mendpt anak lagi dgn kesihatan yg tidak mengizinkan. Seronok tgk rakan sekerja yg masih muda bersalin dgn selamat mendpt anak2 yg comel. Moga mrk hargai apa yg mrk ada skrg.

Diri ini yg dah dikatakan "Kubur semakin dekat" hanya mampu melihat anak2 org...cium anak2 org....main dgn anak2 org....peluk anak2 org....mmmmmm sampai ke kubur lah tiada doa dari anak sendiri....

No comments:

Post a Comment