Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini.

Jom Klik...

Thursday 14 December 2017

KISAH ADIK & SAHABAT JULIANA IDRIS (Part 1)


JULIANA BINTI IDRIS (29.2.1980 - 6.10.2016)

Orgnya sangat manja, suka senyum, suka tegur org setiap pagi di pejabat di mejanya kini tiada lagi kedengaran suara & wajahnya. Kami telah kehilangannya pada 6 Okt 2016 kerana breast cancer di mana tahun yg sama Kak Nisa kehilangan anak Kak Nisa. Dua org yg disayangi hilang pada tahun yg sama....sedih yg amat sgt rasanya. Di saat adiknya Ida menelefon...ingat lagi masa tue di Tesco Ipoh pd waktu mlm bgtau doktor kata dah tiada harapan. Mula2 mendengar suara Ida pun dah rasa lain mcm. Apa lagi tanpa kira org sekeliling menangis tanpa disuruh krn mcm tak percaya dia akan pergi juga. Ketika itu dia telah dibawa ke Hospital KL utk tindakan susulan. Terus mohon kpd semua di fb mendoakannya krn tak sanggup lg kehilangannya sbb rasa ada yg belum ditunaikan bersamanya. Jenuh juga nak bagi hint sbb dah janji dgn dia bertahun2 tak boleh bgtau sesiapa akan penyakitnya.

Esok paginya semasa otw nak pejabat baru nak berbicara dgn Zana & Pn Salmiah sambil bermesej2 dgn Ida tiba2 pkl 7.44 pagi Ida htr ws "KAK JULI DAH TAK ADA KAK". Tersentap terus menangis dah tak hirau org dah sampai Pengetua Pn Salmiah pun tak peduli dah. Suasana di sekolah hari tue mmg terasa sedih.....rasa sunyi jer seolah2 bersedih atas kehilangannya. Semua merasainya termasuk Pengetua. Yg terharu sbb Pengetua membatalkan ladap kami ptg itu utk menziarahinya buat kali terakhir di Masjid Meru. Ketika itu Kak Nisa kena hantar budak utk mengambil hadiah NILAM di Mydin Meru nasib baik assistant Kak Nisa iaitu Zila sanggup pikul tanggungjawab itu. 

Bila sampai jenazahnya di Masjid Meru kelihatan suaminya menangis semasa En Ishak memberikannya sedikit sumbangan dari kami semua...muka anak2nya menunjukkan kesedihan tetapi nampak tabah jer berbanding kami yg tua2 nie dok menangis tak habis2. Begitu bagus arwah Ju krn mendidik anak2nya menjadi tabah sebegitu. Sayu hati bila Pn Noorizan (PK Kokurikulum) membuka kain lipatannya. Aduh!!! Tak sanggup rasanya melihat wajahnya utk kali terakhir. Ketika itu rakan sekolah Fauwizah mcm tau2 jer memegang erat tangan Kak Nisa supaya Kak Nisa tak tumbang. Ramai juga yg hadir sembahyangkannya & mengiringinya ke kubur Meru Raya. Org yg baik insya Allah akan diberi ganjaran yg baik. Semoga sahabat & juga dianggap adik ini dicucuri rohnya oleh Allah. Semoga ditptkan di kalangan org soleh....aamiin.





INSYA ALLAH AKAN CERITA TTG DIRINYA DI BLOG INI...NANTIKAN SETERUSNYA KISAH KAMI KPD YG MEMBACANYA. KPD YG MEMBACA MOHON SEDEKAHKAN DOA & ALFATIHAH KPD ARWAH YG TELAH BERJUANG SELAMA 6 TAHUN MENANGGUNG DERITA DGN SENYUMAN DI BIBIRNYA. KAMI BERKAWAN DAH 8 TAHUN....BYK SUKA DUKA BERSAMA SELAMA ITU.



KATA2 DARINYA DI FACEBOOK....

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete