Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini.

Jom Klik...

Wednesday 12 September 2018

PERGINYA HERO KAMI

18.7.2017
Masih tak boleh lupa dlm pukul 11 mlm dpt panggilan dr mak kata doktor call suruh dtg hospital Ipoh dgn segera. Hati mula berdebar2 sepjg jln sbb waktu ptg ziarah abah cuma tgk dr jauh shj krn dikerumun oleh doktor2. Suami bawak punya lah laju nak sampai ke hospital.

Sampai di hospital nampak mak dgn ib...sama2 naik ke atas. Kami semua masuk jumpa doktor & terkejut bila doktor kata, "Bapa kamu akan meninggal". Terkedu tak terkata. Terus mak pergi kat abah & mengajar abah mengucap. Nisa & adik call adik2 di Tjg Malim iaitu Hairil & Siti utk blk segera. Call sedara mara yg terdekat. Kemudian, pergi balik dekat abah...usap abah..itu yg mampu dibuat dgn linangan air mata. Beri peluang kpd mak utk abah mendengar suara mak mengajarnya mengucap. Masa tue teringat sebelum abah masuk hospital, abah usap2 kepala sambil menyebut nama Nisa....tak sangka itu kali terakhir dia memanggil nama Nisa. Itu juga kali terakhir dia menghulurkan tangan bersalaman dgn Nisa & suami. Ketika itu Nisa tak dpt berfikir apa2.

19.7.2017 (Rabu)
Tepat pukul 12 tgh malam, setelah diperiksa doktor mengesahkan abah pergi buat selama2nya depan mak, Nisa, suami & adik bongsu. Ya Allah! Akhirnya abah pergi jua di usia 77 thn. Hilanglah ketua keluarga, hilanglah hero dlm keluarga kami. Abah....akhirnya abah pergi jua. Anakmu ini tidak sesempurna mana. Namun, melihat caramu pergi, melihat bagaimana abah yg nak sgt disemadikan di kubur berdekatan sekolah yg terakhir abah ajar dimakbulkan, ramai anak2 murid abah dtg, ramai kenalan abah dtg....rasa syukur sgt2.

13.9.2018
Hari ini klu abah masih hidup, abah berusia 79 thn. Kali terakhir sambut birthday abah dgn kek comel dgn cucu abah pd usia abah 77 thn 2016. Abah kata "Aik, makin tua kek pun makin kecik". Nisa jawab...ya ler abah mana blh makan kek byk2 kan ke kencing manis. Abah....satu perkara yg Nisa sgt2 terkilan sbb tak dpt bagi cucu kat abah. Harap2 abah ada jumpa dgn cucu syurga abah di sana, ya. 

Kek harijadi yg terakhir kami sambut bersama.

Bersama cucu sulung abah, Sarah.


Hihihi...comel jer...

Hari Raya yg pertama pd tahun 2017 yg terakhir berselfie dgn abah. Masa ini abah dah mula sakit....sgt2 kurus. Dia dah mula tak lalu nak makan. 

Abah, bersemadilah abah di sini...tidurlah abah dgn nyenyak ya. Dah setahun lebih abah pergi meninggalkan kami. Terasanya masih lagi sehingga kini. Yg Nisa harapkan skrg semoga Abah berada bersama2 org soleh & semoga kita bertemu di syurga nanti dgn izinNya. Aamiin.

SESIAPA YG MEMBACA BLOG INI, MOHON SEDEKAHKAN ALFATIHAH BUAT ABAH NISA YA. TERIMA KASIH ATAS DOA2 ANDA SEMUA...SEMOGA ALLAH MEMBERKATI ANDA SEMUA...AAMIIN. MOGA KITA DILINDUNGI & DIRAHMATINYA.