Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini.

Jom Klik...

Saturday 7 December 2013

Percutian Ke Paris (Part 4)

Hari ke4

Disneyland Paris cuma tinggal kenangan jer lah sbb hujan x henti2 dari pagi...ada rezeki nanti boleh dtg lagi.

So, adik ipar ajak g sini naik bas...Place de la Concorde...hujan masih x berhenti, tapi Allah syg kat kami kot tiba2 sampai kat situ hujan berhenti. Jadi, mcm biasa bergambar ler jawabnya.




Bila berada di Paris, kena berhati-hati dgn mrk yg nakkan signature kita tapi lepas tu mintak duit pulak. Kat sini jugak, my sister-in-law, Junida nyaris tak kena penyeluk saku yg mintak tandatangan lps tu cuba nak bukak zip handbag dia...menjerit my sister. Yg peliknya dia pulak marah kami....sapa yg nak curi duit sapa nie... Sebelum tu pakcik suami Nisa kena goda oleh sebhgn perempuan2 nie nak mintak duit, apa lagi Nisa jerit panggil pakcik.  Oleh kerana takut apa2 jadi, terus kami beredar sbb kita nie org luar..kena beringat. 


Yg nie pelik jugak tgk ada disediakan kerusi hijau sekeliling kolam tu & menikmati kolam tue....(kosong je pun kolam tu).


Penat kaki berjalan....ambik gambar kejap nampak burung2 kat situ....

Kami jalan kaki sehingga ke tempat kunci nie iaitu di Ponts des Arts...aduh sakit sungguh kaki Nisa dah beberapa hari sbb byk berjalan & faktor kasut yg kurang sesuai. Kat sini tak dpt nak bergbr sgt sbb hujan.




Kemudian dpd Ponts des Arts naik bas....turun bas...nampak kedai souvenir...shopping sikit...beli scarf tertera Paris...cantik, kan. So, jalan kaki lagi sambil menikmati pemandangan bandar Paris sbb esok nak g London pulak.

Kemudian naik bas menuju ke Plaza Lafayette, Paris...shopping mall yg mahal...masuk kejap je (jadi lah dpt tgk kat dlm tu..rasa org kaya jap)..... sbb nak g cari kasut yg murah sikit..nampak kedai Mango...so, tinjau adalah satu kasut tu harganya 39 Euro (klu convert..mak aiiii...) tapi nak buat camner dah tak tahan sgt dah kaki....terpaksa ler beli.



Balik hotel bersiap untuk ke London pulak.....geram jugak hotel Paris nie malam terakhir mereka tak bagi tgk tv & wifi pun disekat....berbeza betul dgn hotel di Malaysia...

Ok...nanti citer London pulak, ya...

No comments:

Post a Comment