Percutian ke Melbourne mmg tak dirancang...adik ipar mmg dah booking utk mrk nak ke sana. Tiba2 dia ajak ke sana bercuti...memandangkan ingat nak main snow sbb tak pernah kan mmg ler teringin...so, terima pelawaannya.
9 Jun 2014
Nisa & suami telah berjanji dgn abg ipar utk naik kereta dia...punya ler lama tunggu dia dtg...bbrp jam tunggu baru sampai. Bayangkan tak makan langsung konon nak berhenti makan kat highway tapi bila masuk highway nak berhenti mana2 pun tak boleh sbb byk kereta. Bila nak masuk pulak jem...kami dah lewat dah nie..risau sungguh. Dah lah pertama kali pergi naik KLIA2...mintak tlg adik ipar lelaki, Musa tunggu kami sbb takut kami sesat. Yg lain semua dah sampai.
Lepas parking...nampak Musa..lega rasanya...so, naik train nak ke KLIA2...beli tiket tanya arah mana...dia cakap mana2 pun blh...train sampai kami pun terus naik. Malang tidak berbau, terkejut bila train menghala arah lain iaitu ke KL. Nisa, suami, abg ipar (Ramlan), adik ipar (Musa) & bapa sedara suami (Ayahman)....apa lagi pucat muka kami sbb kapal terbang dah nak bertolak lagi sejam. Dah ler beg Nisa & beg abg ipar belum bawak masuk lagi. Nsb kami blh berhenti di stesyen yg berikutnya. Mula2 nak naik teksi tapi jaga kat situ kata lagi lewat...terpaksa tunggu train ke KLIA2 lagi 1/2 jam...kecewa sungguh dgn budak perempuan tiket tadi sbb bagi arahan tak betul. Ada pekerja KLIA2 yg berada di situ beritahu jalan nak ke sana memandangkan kami dah lewat & tak reti ke KLIA2..dia sabarkan kami kata ada masa lagi padahal sebenarnya dah suntuk masa. Sampai je train...kami terus naik & tiba di KLIA2 apa lagi berlari ke kaunter tiket..bukannya dekat..jauh... Nampak mak mertua, biras; Siti & adik ipar; Hidir tgh tunggu dkt kaunter. Sesampai di kaunter mereka tak benarkan beg kami masuk sbb dah tutup..puas juga kami merayu & akhirnya bertekak dgn mrk benarkan bawak masuk beg.
Yg sedihnya dia blh kata tinggal je beg kat mana2...aduhai...Nisa mula ler rasa nak nangis...dah mmg patah hati nak pergi dah. Ckp dgn Mus tak apalah kami tinggal. Tiba2 Mus bawak beg2 kami terus masuk konon2nya berharap pihak imegresen tu nak benarkan masuk dgn beg2 kami bila dgr masalah kami. Terkejut pihak imegresen tgk beg2 kami...kami ceritakan perkara sebenar. Salah seorg dpd mrk tiba2 beri idea beli shopping beg besar di KK Super Mart & sumbat semua barang kat situ..apa lagi berlari ke kedai tu (nasib dekat jer). Kat situ, habis kami punggah barang2...dah tak ingat apa dah org pandang ke apa ke...yg best imegresen tu pun tlg kami masa tu..terus kami masuk berlari2 sbb dah terlambat...jauh sungguh rasanya...tapi semua pihak imegresen mmg bagus sbb mrk yg dah tahu situasi kami lepaskan kami mcm tu ajer walau byk brg terlarang dlm beg kami...tapi sifat keperimanusiaan mrk, kami berjaya menempuh semua itu. Mmg penat giler...sampai kat kapalterbang...mmg tak terkata penat, sedih & mcm2 lah...teringat kat beg yg tinggal di kedai mart tue...(berdoa agar beg kami ada lagi kat situ bila blk). Rasa terhutang budi kpd pihak imegresen krn memahami diri kami tak mcm pihak Air Asia yg tidak ada tolak ansur..dah ler tue rupa2nya flight kami lewat setengah jam bila kami dah masuk...mmmm....lagi ler rasa geram...
Mmg pengalaman sungguh dgn lapar tak makan, penat berlari...beg kena tinggal (mcm org pelarian jer tgk beg2 tue). Terngiang2 Mus berkata tak apa RM70 utk beg2 tue dpd rugi duit tiket yg beribu sbb dia tak nak kami bertiga tak pergi pulak sbb masa tu Nisa mmg dah putus harapan dah suruh Mus masuk tanpa kami...Mus yg beria2 jugak cari jalan utk masuk akhirnya berjaya juga.
Beg KK Super Mart tue lah jadi pengganti beg kami (rasa beli dlm 4 beg kot)...yg bawah tu beli kat Melbourne...hikmahnya beg2 nie bila timbang sikit jer bila nak blk M'sia..jadi yg lain blh tumpang timbangan beg..tak perlu byr lebih cukai.
Bayangkan itu lah beg2 kami...tak apa, janji dpt pergi dgn semua brg kami..
Thanks Imigresen KLIA2...kami akan doakan agar Allah balas jasa anda semua, ya..AMIN..
No comments:
Post a Comment