Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini.

Jom Klik...

Wednesday, 12 September 2018

PERGINYA HERO KAMI

18.7.2017
Masih tak boleh lupa dlm pukul 11 mlm dpt panggilan dr mak kata doktor call suruh dtg hospital Ipoh dgn segera. Hati mula berdebar2 sepjg jln sbb waktu ptg ziarah abah cuma tgk dr jauh shj krn dikerumun oleh doktor2. Suami bawak punya lah laju nak sampai ke hospital.

Sampai di hospital nampak mak dgn ib...sama2 naik ke atas. Kami semua masuk jumpa doktor & terkejut bila doktor kata, "Bapa kamu akan meninggal". Terkedu tak terkata. Terus mak pergi kat abah & mengajar abah mengucap. Nisa & adik call adik2 di Tjg Malim iaitu Hairil & Siti utk blk segera. Call sedara mara yg terdekat. Kemudian, pergi balik dekat abah...usap abah..itu yg mampu dibuat dgn linangan air mata. Beri peluang kpd mak utk abah mendengar suara mak mengajarnya mengucap. Masa tue teringat sebelum abah masuk hospital, abah usap2 kepala sambil menyebut nama Nisa....tak sangka itu kali terakhir dia memanggil nama Nisa. Itu juga kali terakhir dia menghulurkan tangan bersalaman dgn Nisa & suami. Ketika itu Nisa tak dpt berfikir apa2.

19.7.2017 (Rabu)
Tepat pukul 12 tgh malam, setelah diperiksa doktor mengesahkan abah pergi buat selama2nya depan mak, Nisa, suami & adik bongsu. Ya Allah! Akhirnya abah pergi jua di usia 77 thn. Hilanglah ketua keluarga, hilanglah hero dlm keluarga kami. Abah....akhirnya abah pergi jua. Anakmu ini tidak sesempurna mana. Namun, melihat caramu pergi, melihat bagaimana abah yg nak sgt disemadikan di kubur berdekatan sekolah yg terakhir abah ajar dimakbulkan, ramai anak2 murid abah dtg, ramai kenalan abah dtg....rasa syukur sgt2.

13.9.2018
Hari ini klu abah masih hidup, abah berusia 79 thn. Kali terakhir sambut birthday abah dgn kek comel dgn cucu abah pd usia abah 77 thn 2016. Abah kata "Aik, makin tua kek pun makin kecik". Nisa jawab...ya ler abah mana blh makan kek byk2 kan ke kencing manis. Abah....satu perkara yg Nisa sgt2 terkilan sbb tak dpt bagi cucu kat abah. Harap2 abah ada jumpa dgn cucu syurga abah di sana, ya. 

Kek harijadi yg terakhir kami sambut bersama.

Bersama cucu sulung abah, Sarah.


Hihihi...comel jer...

Hari Raya yg pertama pd tahun 2017 yg terakhir berselfie dgn abah. Masa ini abah dah mula sakit....sgt2 kurus. Dia dah mula tak lalu nak makan. 

Abah, bersemadilah abah di sini...tidurlah abah dgn nyenyak ya. Dah setahun lebih abah pergi meninggalkan kami. Terasanya masih lagi sehingga kini. Yg Nisa harapkan skrg semoga Abah berada bersama2 org soleh & semoga kita bertemu di syurga nanti dgn izinNya. Aamiin.

SESIAPA YG MEMBACA BLOG INI, MOHON SEDEKAHKAN ALFATIHAH BUAT ABAH NISA YA. TERIMA KASIH ATAS DOA2 ANDA SEMUA...SEMOGA ALLAH MEMBERKATI ANDA SEMUA...AAMIIN. MOGA KITA DILINDUNGI & DIRAHMATINYA.


Saturday, 19 May 2018

KISAH JULIANA (Part 2)

Orangnya pandai jahit baju...kebanyakan baju dia & anak2nya jahit sendiri.

Ini semasa mula2 kenal dia rajin buat gelang nie sendiri.

Gambar keluarganya dulu2 masa fb diperkenalkan...ketika ini baru nak rapat dengannya.



Birthday 2014 takkan dilupakan di mana tiba2 ada budak delivery hantar bunga ntah dr siapa (kebetulan maknya ada kedai bunga kat Buntong). Tanya dia...dia tak nak cakap...takkan suami kot...dia takkan buat...hehehe....


Masa nie si Zana bagi hadiah karipap frozen & Ju pulak bagi hadiah kain.




 Bila nak balik baru tau sapa yg bagi bunga tue....si Ju yg bagi bunga pdhal dia dah bagi kain (sama dgn dia ktnya tapi kami tak kesampaian pakai sama2). Terharu rasanya bila Ju buat surprise mcm tue.

2015....kami bekerjasama dlm Klb Guru & Staf di mana kami telah dipilih dlm meeting walau kami tak nak. Santhi guru baru sbg Pengerusi Klb tapi dari sini lah kami menjadi rapat. Kak Nisa sbg Naib Pengerusi & Juliana sbg Bendahari. Seronok berganding dgn mrk yg lain iaitu Christina (Setiausaha), Siti Zaliha, Zana, Kak Yati (yg kena tukar pertghn thn), Guna & Ananthi. Best jugak masa nie sbb dpt geng2 yg best.

 Tugas kami melawat Mr Gee yg kurang sihat.
Semasa Sambutan Hari Guru 2015.
Persiapan Hitea 2015. Alhamdulilah dpt rezeki utk semua guru & staf di saat2 akhir.

Selesai tugas kami akhirnya dgn jayanya.


 14.11.2015....surprise birthday dari mereka2 yg tersayang iaitu Juliana, Kak Liza, Zana (yg buat kek sedap), Ita, Fauwizah, Ayu Lailian, Abg Is & Azmi (tiada dlm gbr sbb ambil gbr)...terharu rasanya ketika ini.

 Hadiah frame & kain dari Juliana thn itu.

Suka gbr nie walau masa nie tgh kelam kabut nak makan...tiba2 Ju bersandar utk bergambar. 


Kenangan sepjg 2015. Gbr byk tapi tak blh masuk semua dlm nie...





 Allah berikan kami peluang utk bekerja bersama2 tahun 2015....byk kenangan manis & pahit ketika ini dgnnya. Bila lihat wajahnya pasti tak sangka kan di sebalik itu tersimpan kesakitan yg dipikulnya tanpa mahu org simpati akan dirinya. Dia bekerja seolah2 tidak macam org sakit....mmg kagum dgn semangat Juliana...bukan senang nak jadi spt nya yg berlakon sihat.

Satu lagi dia sgt2 support masa Kak Nisa start jual tudung Fabulous Colours & DeSalma....semua tudung yg dia pakai tudung yg Kak Nisa jual....pernah dia beli pattern yg sama sampai 12 warna. Sbb dia lah penguat semangat buat biz tudung. Dia tak ada...biz tudung tue pun lenyap begitu......nak buat semula mcm tak ada semangat dah. Masa Kak Nisa buat Mary Kay dia support juga beli lipstick & foundation tapi tau dia bukan pakai pun. Masih terngiang-ngiang dia mendoakan Kak Nisa dpt kereta pink Mary Kay....semoga doanya dimakbulkan satu hari nanti...aamiin.