Welcome

Tentang Diriku

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama diberi oleh Wan Hassan Bin Wan Man (abah) & Sariah Bt Abd Rahman (mak). Dilahirkan pada 14 Nov 1971 di Taman Lim (bilik pakcik kesayanganku). Telah berkahwin dgn Afariswa Bin Mohd Idris pd 27 Mei 2006. Belum dikurniakan cahaya mata buat masa ini.

Jom Klik...

Wednesday, 23 November 2011

Berita

Dah lama tak update blog sbb sibuk sgt. Bapa mertua telah meninggal dunia pada 29.9.2011 / 1 Zulkaedah (hari Khamis) pukul 8.45 pagi. Sehari selepas bawa balik ke rumahnya di Sg Rokam, beliau telah pergi...macam tak percaya aje sbb 6 bulan terlantar akhirnya pergi jua dlm usianya yg muda jugak 66thn...suami sampai skrg masih rindukan bapanya krn rasa tak puas bercakap dgn beliau..adat lah, kan. Alhamdulilah abah ku masih sihat walau dah 72 thn (risau gak sbnrnya) & mak pun sihat.

16 Oktober 2011 (Ahad) pulak dpt berita satu2nya adik perempuanku telah melahirkan baby girl, Siti Aisyah Qaisara pada pukul 10am (agaknya lah)...seronok mak dpt cucu pertama begitu juga abah.


Ini le anak sedara pertamaku...skrg dah 4.3kg...besarnya...
 21 Oktober 2011 (Jumaat)....berita yg ditunggu2 akhirnya tiba juga...alhamdulilah...biarlah rahsia...hehehe...tapi bukan mengandung...

14 November 2011 (Isnin) .... dah masuk umur 40 tahun....seram pun ada....apa2 pun best sbb suami tak lupa bday (klu lupa mmg nak kena nie), yg terkejut anak2 murid buat surprise birthday...sapa lagi klu bkn my sweet libraians...mlm nya pulak, my sister in laws pulak belanja makan, belikan kek & hadiah...tak sangka rezeki umur 40 thn. Semoga Allah membalas jasa semua org (termasuk mak, abah, suami, adik2, mak mertua, adik2 ipar, sedara mara, org-org yang mengingati hari jadiku & mendoakan kesejahteraanku.)
Buat Kak Norliza Bt Mansurdin yg byk mengajarku erti kasih sayang, pengorbanan, erti sahabat, keimanan (ini yg penting), sentiasa bersamaku susah & senang...terima kasih yg tidak terhingga hanya Allah shj yg dpt membalas jasamu...tak terdaya diriku utk membalas jasa-jasanya...thanks to Allah yg menemukanku dgnnya di saat aku di dlm kegelapan & keseorangan mengharungi liku2 hidup. Aku tak mampu membalas jasa2nya buat masa ini, hanya Engkau shj yg dpt membalasnya, Ya Allah...

1 comment:

  1. comelnya,,,ingin nak dukung anak itu... cikgu bawa ke sekolah so i can carry....hehehe

    ReplyDelete